Hak rakyat mula dinafikan. Polis mengerahkan anggota-anggotanya supaya menahan dan bertindak keatas 2,000 orang yang berhimpun.
Anwar Ibrahim dilaporkan berada di kalangan mereka yang berhimpun di Sogo, namun TV Antara mendapati Anwar belum tiba. Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengepalai perhimpunan di Sogo.
Sementara itu, 3,000 akvitis dari Masjid Jamek berjaya lepasi kepungan polis meskipun diasak dengan 5 kali hujanan gas pemedih mata. Mereka menuju Sogo.
Manakala ombak aktivis dari Masjid Negara terperangkap di Dataran Merdeka dan terpaksa berpatah balik ke Masjid Negara. Bendahari Pas Dr Hatta Ramli ditarik polis sehingga koyak bajunya.
Mereka dipercayai akan berarak ke Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut.