Secara mendadak, mereka turun beramai-ramai dari pelbagai celah dan bengkok jalan dan bangunan di sekitar Pusat Membeli-Belah Sogo.
Ketumbukan aktivis dari Masjid Jamek turun membantu menguatkan saf hadapan aktivis yang telah berada di Sogo.
Tanpa rasa takut, tanpa gentar, jumlah mereka kini bertambah kepada 2,000 orang menghadapi aparatus kerajaan. Polis telah mula menembak gas pemedih mata dan menyembur meriam air.
Anwar Ibrahim - pemimpin reformasi - berada di kalangan mereka, dan bersedia untuk berarak ke Istana Negara.