Dalam satu perkembangan terbaru, 10,000 orang telah mula berhimpun di Dang Wangi berhampiran Sogo.
Polis nekad menghalang perarakan dari Dang Wangi ini dari bertemu perarakan di Sogo. FRU sekali lagi menyemburkan air dan gas pemedih mata bagi meleraikan orang-ramai yang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, polis melepaskan gas kearah aktivis yang terperangkap Bank Rakyat dan Bank Negara. Kumpulan ini mahu bergerak ke Padang Merbok selepas polis menghalang laluan mereka ke Sogo.
Sebelum itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengadakan demonstrasi di antara kompleks Pertama dan Sogo. Syed memberi ucapan mendesak supaya ISA dimansuhkan dan semua tahanan akta zalim itu dibebaskan.