Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang kini berada di Pejabat Agung Pas bersama kira-kira 6,000 aktivis anti-ISA.
Ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan terus melancarkan tangkapan dan melepaskan gas pemedih mata dan air bercampur bahan kimia terhadap orang ramai temasuk wanita di luar kompleks berkenaan.
Anwar dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dikawal dengan ketat oleh Unit Amal Pas daripada asakan polis yang keterlaluan.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin tiba di Pasar Seni.
Aangka peserta anti-ISA melonjak mendadak kepada 20,000 orang yang kini sedang berhimpun di Jalan Kinabalu.
Sementara itu, aktivis di Masjid Negara turut bertambah kepada 5,000 orang.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sivarasa Rasiah, ditahan polis sebentar tadi.
Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua , Ketua Pemuda Angkatan Muda Shamsul Iskandar turut berada di Sogo.
Pemimpin-pemimpin lain sedang berarak menuju ke Sogo.