
Mereka berjaya meloloskan diri dari sekatan polis di Kompleks Pertama sebelum itu. Sementara itu, wartawan kami di lapangan melaporkan seorang lelaki tua sesak nafas dan dua wanita pengsan akibat serangan gas.
6,000 aktivis anti-ISA membentuk benteng menghalang pasukan polis dari mencapai pemimpin Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA. Polis masih melepaskan pemedih mata kearah mereka ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, beberapa pemimpin Pakatan telah dikasari polis di Masjid Negara. Bendahari Pas Dr Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas Dr Dzulkefly luka-luka dan koyak baju mereka kerana ditarik dan direntap polis.