
Sebelum bersurai, mereka melaungkan 'Reformasi' dan 'Mansuh ISA' dan berjanji untuk turun ke Markas Pas Taman Melewar malam ini untuk satu ceramah khas.
Polis bagaimanapun masih mahu beraksi. Seolah-olah berdendam, mereka melepaskan air kimia ke pintu kaca Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut.
Mereka yang bersurai turut ditembak.
Polis mengumumkan 200 orang telah ditahan hari ini.