Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 17, 2009

Pembinaan jambatan di Manek Urai tanggungjawab Kerajaan Pusat

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.

Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lepas walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian oleh pemimpin BN.

"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." kata beliau.

Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan PAS selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata itu merupakan pandangan peribadi Abdullah.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...