Oleh:Syaomel85
Petang tadi bertempat di padang Sk Pasir Panjang Laut Dato Seri Nizar telah meluangkan masanya turun ke Pasir Panjang untuk bermain bola bersama-sama dengan Rakyat.Perlawanan diantara Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang dengan Kelab veteren Pasir Panjang Laut bermula sekitar jam 6.00 petang.Kehadiran Dato seri sememangnya ditunggu oleh penduduk setempat yang mana mereka telah dirai dengan program minum petang bersama dengan Beliau.
Dato Seri sebelum itu telah menyampaikan kelengkapan untuk Pasukan Pusat Khidmat tersebut yang berupa sebuah Bola yang ditandatangani oleh Beliau dan juga kelengkapan lain.Perlawanan yang berlangsung selama 30 minit berkesudahan dengan kemenangan kepada Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang dengan jaringan 3-1.
Ini merupakan kali pertama Dato seri yang juga selaku President Bola sepak Perak turun bermain bersama dengan Rakyat.Usaha ini seharusnya dicontohi oleh semua Adun PR yang ada.Semangat yang ditunjukan oleh Dato Seri Nizar yang kekal bermain sepanjang masa permainan dikagumi oleh semua pihak.
Yang menarik ialah pengadil bagi perlawanan ini hanya memakai JUBAH.Memang Gempak!!
Kehadiran kanak-kanak yang mahu bersalam dan bergambar dengan Dato Seri juga memeriahkan suasana.
Sumber: Syaomel