Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 17, 2009

Koh: Badan bebas perlu ditubuhkan siasat kematian Teoh

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu sebuah badan bebas ditubuhkan bagi membantu siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock semalam.

Koh, yang terkejut dan terganggu dengan kejadian itu, berkata satu siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kejadian berlaku berhampiran bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Adalah baik jika sebuah badan atau individu bebas dijemput untuk meneliti penyiasatan kes itu bagi mengelakkan imej negatif kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup persidangan keempat mengenai Pertubuhan Persahabatan Rakyat-rakyat Asean-China di sini pada hari Jumaat.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata orang ramai ingin tahu apakah sebenarnya berlaku dan bagaimana insiden itu boleh berlaku di kawasan itu.

"SPRM sendiri dan penyiasatan kes itu mestilah jelas bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau pandangan negatif, ini sangat penting. Sebarang keraguan tidak seharusnya timbul dalam pemikiran orang ramai bahawa wujud niat untuk menyembunyikan (maklumat insiden itu)," katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan di Plaza Masalam, yang turut menempatkan pejabat SPRM di Tingkat 14.

Teoh, setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Yong merupakan antara tujuh wakil rakyat dan Exco negeri yang sedang disiasat SPRM yang turut melakukan serbuan di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan bagi mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri itu dibelanjakan pada Rabu.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...