Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 9, 2009

MU:Nasharudin sahkan turun Manek Urai Sabtu ini

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan turun Sabtu ini bagi membantu kempen parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu.

"Sejak seminggu lalu saya mengalami masalah kesihatan... terasa sakit di bahagian usus.

"Jadi doktor minta saya jalani pembedahan kecil dibahagian usus hari ini," katanya ketika ditemui selepas selesai pembedahan.

Beliau keluar Hospital Serdang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS kawasan Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah hari ini turut mengesahkan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan turun berkempen di sini esok.

“Insya-Allah YB Nasharudin akan turun berkempen bersama-sama dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pasar basah Laloh pada pukul 5 petang esok,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelasnya, kehadiran Nasharudin menafikan fitnah yang dibawa oleh Umno ketika berkempen di Manek Urai.

Dengan pengesahan Wan Rahim itu PAS cuba mengakihiri kemelut politik yang mengatakan PAS Kelantan meminggirkan Nasharudin daripada berkempen di Manek Urai. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa turut mengesahkan Nasharudin akan turun berkempen di Manek Urai esok.

Dalam satu pesanan ringkas balas daripada telefon bimbit ahli Parlimen Bachok itu kepada The Star Online, isterinya mengesahkan Nasharudin berada di hospital.

Sementara itu, wartawan mStar Online melaporkan sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi.

Ia berlarutan kira-kira sejam.

Sebelum ini, isu ketiadaan Nasharudin terus menjadi fokus kerana ada pihak mengatakan PAS Kelantan menghalang beliau berkempen di Manek Urai.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...