Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 9, 2009

Manek Urai:Umno hanya ada tiga cara untuk menang di MU

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai.

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.

Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,"

Tegasnya, strategi lain yang dijalankan tidak akan memberikan kesan dan tidak mampu menyaingi jentera serta strategi PAS yang lebih bersedia daripada awal selain masyarakat di Manek Urai berakar umbi.

Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.

"Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu tidak menafikan tindakan yang bakal diambil oleh Umno dengan menggunakan jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekali gus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit," katanya lagi.

Wan Abdul Rahim yakin bahawa terdapat majikan yang enggan membenarkan kakitangan mereka cuti bergaji pada hari berkenaan.

"Walaupun ianya menyalahi peraturan pilihan raya, tetapi kita lihat tiada ketegasan dan SPR seolah-olah tidak serius dalam melaksanakan peraturan ini," ujarnya.

Strategi ini ujarnya, merupakan cara untuk menghalang daripada pengundi luar balik mengundi bagi membantu mempertahankan kemenangan PAS.

"Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Wan Abdul Rahim berpendapat, tindakan Umno yang bertindak menyerang peribadi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ternyata lebih memberi kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

"Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa PRK Manek Urai akan menjadi tempat Umno berkubur.

"Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno," katanya merujuk kenyataan-kenyataan Tuan Guru yang akhir-akhir ini mengecam Umno dengan begitu hebat.

Mengulas tindakan PAS yang dianggap agresif pada kali ini, Wan Abdul Rahim menjelaskan rasional tindakan tersebut adalah disebabkan oleh Manek Urai sebagai kubu kuat PAS yang perlu dipertahankan.

"Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan jentera dan sokongan yang ada, beliau berkeyakinan bahawa PAS boleh menang dengan majoriti yang bertambah.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...