Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 9, 2009

Manek Urai:Nasharudin tak dipelawa untuk berkempen di MU

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
PAS Kelantan telah memutuskan untuk tidak 'mempelawa' Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa daripada turun berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang sedang berlangsung.

Difahamkan keputusan dicapai pada mesyuarat perhubungan negeri PAS Kelantan pada 25 Jun lalu.

Mesyuarat itu diadakan sehari sebelum PAS mengumumkan calonnya bertanding di Manek Urai.

Keputusan itu mengambil pendirian bahawa Nasharudin tidak wajar turun berkempen membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah sehingga 'masalah dalaman PAS' berikutan isu idea perbincangan kerajaan perpaduan reda.

mStar Online juga difahamkan tiga orang wakil PAS Kelantan telah menemui Nasharudin di ibu negara baru-baru ini untuk menyampaikan keputusan tersebut.

Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, juga tidak muncul ketika hari penamaan calon kelmarin.

Sumber yang rapat dengan Nasharudin berkata, "Nasharudin akur dengan keputusan itu dan bersedia untuk tidak turun ke Manek Urai."

"Beliau akur dengan keputusan PAS Kelantan, kalau tak perlu hadir, beliau sanggup untuk tidak hadir," katanya.

Bagaimanapun Nasharudin telah dua hingga tiga turun kawasan pilihan rayanya sejak beliau diminta oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar keluar PAS sertai Umno ekoran kontroversi kerajaan perpaduan.

'Krisis' kedua-dua mereka telah 'diselesaikan' pada pertemuan khas antara pemimpin kanan PAS-Nik Aziz dan Nasharudin di Kuala Lumpur pada 23 Jun lalu.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun ketika dihubungi mStar Online malam tadi menafikan adanya keputusan sedemikian.

"(Beliau) tak dijemput, kalau datang tidak akan dihalang," kata beliau Ketua PAS Rantau Panjang sambil menambah, beliau tidak hadir mesyuarat tersebut.

"Beliau tidak beritahu (kami) hendak datang atau tidak, tidak datang," katanya.

Pada sidang media pagi semalam di Kuala Krai, Fatah menjelaskan, PAS Kelantan tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.

“Kita buat jadual ceramah hari-hari. Kalau beliau (Nasharudin) datang baru kita masukkan dalam jadual.

“Mungkin juga dia (Nasharudin) segan nak mari,” kata beliaunya.

Sumber:Mstar Online
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...