Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 31, 2009

Video:SPR umum tarikh pilihan raya kecil selewat-lewatnya 10 Ogos

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.



"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan," katanya ketikadihubungi di sini, hari ini.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggalmerupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinangdan beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini keranasakit jantung.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir disini, selepas Asar.

Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang. Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...