Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 31, 2009

Presiden PAS rakam takziah, rakyat beri penghormatan terakhir

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman menerusi telefon kepada menantu Allahyarham, Hizamudin Jamaludin pagi tadi.

Semasa ucapan trakziah itu, Dato' Seri Abdul Hadi meminta semua keluarga Allahyarham bersabar dan meminta semua ahli PAS mengiringi doa ke atas pemergian Dato' Hamdan ke rahmatullah.

Harakahdaily yang berada di Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir mendapati ramai rakan taulan, kenalan dalam perjuangan, termasuk Adun Seberang Jaya, Dato' Arif Shah Omar Shah dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Helmi Yahya, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli serta rakyat di Dun berkenaan menziarahi jenazahnya buat kali terakhir.

Jenayah yang sampai daripada Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur jam 1.30 tengahari tadi akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Permatang Pasir pada pukul 5 petang .

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dikatakan dalam perjalanan pulang menziarahi Allahyarham

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan barisan Exco Kerajaan Negeri akan mengadakan penghormatan terakhir sebelum jenazahnya di bawa ke Masjid Permatang Pasir untuk disembahyang dan dikebumikan.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...