Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 10, 2009

MU: Pesanan Tok guru kepada pengundi Manek Urai

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Bismilllahir Rahmanir Rahim

Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima sebuah perpisahan. Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su kita menemuiNya. Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita. Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” - Surah Ali’Imran : Sebahagian dari Ayat 185

Sama juga halnya dalam satu ayat yang lain:

“Maha Suci Allah Yang ditanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” - Surah Al Mulk: Ayat 1 dan 2

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian untuk mengasingkan antara orang yang taat dengan hamba-hambanya yang derhaka.

Dalam Sistem Demokrasi, tentu sekali pengosongan Kerusi DUN Manek Urai perlu diisi. Setelah membuat pertimbangan yang sehabis cermat, maka kita turunkan calon ganti yang bernama Mohd Fauzi Abdullah berusia 50 tahun, anak tempatan yang mesra rakyat ini, sengaja kita ambil untuk mengganti arwah. Ini semata-mata kerana mutu sifat suka berkorban beliau yang luar biasa. Dalam banyak perkara, beliau menyerupai sifat mudah mesra dan mudah berkira, amalan bekas ADUN kita yang lalu.

Selain dari melihat sifat peribadi beliau yang ramah, cergas dan merendah, beliau seorang yang istiqamah dalam perjuangan. Sifat semula jadi beliau yang suka berkorban, saya lihat cukup sesuai dengan persekitaran alam dan selera pengundi di kawasan yang kaya dengan tumbuhan hijau di Manek Urai ini. Hanya dua kali sahaja Umno telah diberi peluang menang. Berpuluh-puluh tahun selebihnya; alhamdulillah, kerusi ini menjadi milik PAS hingga sampai ke hari ini.

Kita tidak meminta sesuatu yang lebih untuk Pilihan Raya Kecil pada kali ini. Apa yang cuma perlu kita lakukan hanyalah mengulangi apa yang telah kita buat pada 8 Mac 2008. Bahkan, jika PAS menang dengan majoriti 1,352 undi pada tahun lepas, maka mari kita buat sedikit pembaikian dengan menambah majoriti. Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selain daripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji-janji subsidi di sana sini. Kita bukan tidak kenal siapa Umno. Cukuplah dia menghuru-harakan Negeri Perak. Mari kita kekalkan suasana tenang di Kelantan, dalam rahmat pemeliharaan Allah S.W.T. seperti yang telah dianugerahiNya kepada kita selama ini.

Di bawah PAS, susah apa. Agama dapat, pembangunan dapat. Kita sedang beri makanan rohani yang secukupnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan kepada rakyat kita. Apa yang ada pada kita, tidak ada pada Umno. Ini semua bertolak dari kejujuran kita untuk menjaga agama Allah dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit supaya berjaya di dunia dan berjaya lagi di akhirat. Yang kita sama-sama sedang berikhtiar dan sentiasa perlu jauhi ialah azab Neraka di akhirat kelak. Umno tidak ada ‘buah’ ini. Sikit-sikit pembangunan. Sikit-sikit one Malaysia. Dia hanya gilakan dunia. Bagi mereka, halal haram dia tak peduli. Bagi mereka kejayaan di akhirat tidak mustahak.

Kepada seluruh pengundi, baik dalam mahupun luar, mari kita terus kembali kepada Islam. Tunaikan tanggungjawab pada 14 Julai ini. Pilihan kita adalah PAS. Nampak saja bulan, jangan banyak soal; terus pangkah - selesai masalah. Mari kita kekalkan persekitaran hijau yang subur di Manek Urai demi Allah untuk Allah kerana hanya Dialah jua yang Maha Besar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


Tanggal: 11 Rejab 1430 / 4 Julai 2009





Sumber: Blog Tok guru
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...