Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 23, 2009

Ketua Pemuda MIC antara dua belas ditahan terlibat perhimpunan haram

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
12 orang ditahan termasuk Ketua Pemuda MIC T.Mohan kerana terlibat dalam perhimpunan haram di kuil Sivan di Jalan Dato Keramat. Mereka antara 50 orang yang dikatakan akan berjalan daripada kuil itu ke pejabat ketua Menteri di Komtar untuk menyerahkan memorandum yang berkaitan dengan masalah di Kampung Buah Pala.

Mohan berkata memorandum itu mengesa kerajaan negeri supaya menjual balik tanah di Kampung Buah Pala kepada MIC dengan harga RM3.2 juta iaitu harga yang sama ketika tanah itu dijual kepada pemaju Koperasi Pegawai Kerajaan PUlau Pinang Bhd.

Menurutnya selepas selesai sembahyang di kuil itu beliau cuba pergi membantu seorang penduduk yang ditangkap kerana memberikan kemeja-T "Save Kg Buah Pala" kepada orang ramai.

Beliau kemudian digari dan diheret oleh polis dan terdapat beberapa kesan lebam dibadanya. Sementara itu, tiga orang lagi ditangkap di luar kawasan Balai Polis di George Town kerana cuba memasuki balai polis tersebut tanpa kebenaran.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...