Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 18, 2009

Kematian Teoh: Kabinet bincang syor tubuh suruhanjaya Rabu

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Syor pelbagai pihak agar diadakan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya, dan ia akan diputuskan oleh kabinet nanti.

Beliau berkata demikian semasa mengulas desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Khamis lepas Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kematiannya itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu Teoh dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

Muhyiddin yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2009 di sini berkata, kes berkenaan kini disiasat oleh polis.

Sementara itu merujuk kepada saranan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya kerajaan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata kerajaan sememangnya sedang menjalankan kajian sama ada ISA dimansuh atau dibuat pengubahsuaian.

Katanya sebuah jawatankuasa sedang menjalankan kajian terhadap ISA, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang meneliti ISA.

Muhyiddin berkata usaha berkenaan sedang berjalan dan keputusan belum dibuat sama ada ISA akan kekal dalam status yang ada sekarang, dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan atau ditukar kepada akta yang lain.

Abdullah semalam berkata ISA wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.

Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...