Bak kata Bro Hisyam..
kah kah ka… INI YANG RAKYAT SATU MALAYSIA NAK DENGAR… kah kah kah..
kah kah kah… BERTOMOI LAAA… BERGOCOHLAAAA… kah kah kah..
kah kah kah….RAKYAT SATU MALAYSIA MAHU HIBURAN… kah kah kah..
woit… YANG AMAT BERHORMAT TUN… TAK KAN TAK NAK JAWAB … DAN KENA PENYIKU….kah kah kah…
kah kah kah… DAH KENA KECING TAK KAN SENYAP AJE…. kah kah kah..
kah kah kah...KALAU SELIPAR PUN AKAN BANGUN MELAWAN...kah kah kah..
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.
Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.
"Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.
"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.
Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.