Umno tentunya membelanjakan jutaan ringgit dalam usaha mengalahkan Nizar dengan meletakkan ayam tambatan terbaiknya, Ismail Saffian. Pelbagai janji manis ditabur tetapi akhirnya tersungkur… tersungkur dengan jumlah undi pada Nizar bertambah.
Perjuangan Umno/BN yang kerapkali bertukar arah dan bersifat adhoc keputusannya akan menjadi semakin tidak relevan pada rakyat Malaysia. Umno akan terpupus dengan sendirinya. Sementara itu peranan Nizar akan bertambah dan karier politiknya akan bertambah cerah.
Kemenangan Nizar cetuskan inspirasi baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Ia juga ukuran bahawa rakyat mempercayai ketelusan dan keikhlasan perjuangan Nizar dan Pas