Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Nov 10, 2009

Khalid samad sound Zulkifli Noordin

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Khalid Samad akui silap dedah wujud amalan baiah taklik dalam Pas.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mengakui kesilapan mengesahkan amalan baiah atau sumpah taat dengan taklik talak tiga yang memberi kesan kepada wakil rakyat Pas.

Bagaimanapun, beliau enggan menarik balik kenyataannya itu.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan baiah kerana ia antara saya dengan Allah. 



"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, akhbar melaporkan Khalid sebagai berkata semua wakil rakyat Pas perlu membuat baiah dan bertaklik menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya, itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.
Khalid bagaimanapun menggesa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau Ahad lalu bahawa terdapat isteri wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," katanya.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh membabitkan orang lain dalam perjanjian itu.
"Pas patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam Pas. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang memabbitkan orang lain atau menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," katanya. - Bernama

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...