Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Nov 25, 2009

Bukit Antarabangsa: MB Selangor nafi langgar OSA

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan yang beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dengan mendedahkan rumusan laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa minggu lalu.

“Terserah kepada beliau (Menteri Kerja Raya). Jika mereka tidak mahu menukar status laporan, mereka perlu menjelaskan kepada penduduk,” kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Kata beliau, rumusan yang didedahkan minggu lalu merupakan kenyataan umum, bukannya sebahagian daripada bahagian yang diklasifikasikan sebagai rahsia. Semalam Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Selangor berhubung pendedahan kandungan laporan tersebut berkata, tindakan yang mungkin boleh dikenakan ialah di bawah OSA.

“Itu saya tak pasti. Bahagian perundangan kena tengok. Saya dah bagi tahu pegawai perundangan supaya melihat sama ada apa yang dilakukan kerajaan Selangor itu melanggar peraturan OSA atau sebaliknya. “Sebabnya Khalid sendiri dah dedahkan banyak benda,” kata beliau.

Khalid sebelum ini mengumumkan bahawa laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa akan didedahkan kepada umum mulai kelmarin.

Khalid yang mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c OSA berkata orang ramai boleh mendapatkan kandungan laporan berkenaan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Justeru kelmarin Khalid mendakwa kerajaan negeri tidak dapat mengedarkan salinan laporan kejadian itu kepada umum kerana belum mendapat kebenaran Kementerian Kerja Raya.

Khalid menangguhkan keputusan mengedarkan salinan laporan siasatan itu. Shaziman menegaskan, MPAJ perlu memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh itu kepada umum.

Katanya selagi MPAJ tidak mengemukakan permohonan, status laporan itu kekal sebagai rahsia dan kerajaan Selangor tidak boleh mendedahkannya kepada umum.

Dalam ulasannya hari ini Khalid menambah, kerajaan negeri sudah pun menulis kepada Jabatan Kerja Raya untuk mengubah status rahsia laporan tragedi tanah runtuh itu.

“Kami diminta agar menulis kepada Kabinet, di mana kami lakukannya juga. Sekarang mereka mahu MPAJ menulis kepada Kabinet,” kata Khalid.

“Ini adalah amalan birokrasi yang baik, apa yang mudah dijadikan (proses) yang sukar,” kata Khalid dengan sinis sambil menambah akan meminta MPAJ menulis surat mendapatkan kebenaran kerajaan persekutuan.

_Msia Insider
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...