Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 16, 2009

Umno:Awas Kedah..kami akan amik semua dari hangpa

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Petanda kejatuhan Umno Kedah
Seorang pemimpin kanan Umno Kedah berkata dua kejadian - tsunami yang melanda Kuala Kedah dan banjir besar di Jitra - menjadi petanda awal sebelum kejatuhan Umno Kedah dalam pilihanraya umum 2008.

"Selepas itu Tun Mahathir (Mohamad) pula meninggalkan Umno, betapanya azab dan sengsara kami yang berada di celah-celah itu," kata wakil Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Shafian.

"Gajah-gajah yang bergaduh, bukan sahaja kancil, banyak lagi yang mati di celah-celah itu.

"Bila belalang berterbangan, yang kenyang ialah burung layang-layang. Di celah-celah itu kami berada. Akhirnya tumpaslah BN di Kedah," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Bagaimanapun, katanya, di bawah kepimpinan Datuk Shafie Apdal sebagai badan perhubungannya, Umno Kedah mampu merampas semula Kedah dari pembangkang.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan lima negeri ke tangan pembangang, termasuk Kedah. Yang lainnya ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, BN kembali mentadbir Perak selepas dua ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menyokong BN.

Persalah parti komponen

Dengan penuh bersemangat, Rozai berkata Umno negeri akan bekerja keras untuk mengambilkan kuasa Umno dan BN di negeri itu.

Md Rozai juga menyalahkan parti-parti komponen BN yang menyebabkan gabungan parti itu kalah dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, Umno yang dipersalahkan tetapi parti komponen masih tidak membuat apa-apa perubahan.

"Pukul anak sindir menantu. Sedangkan menantu terus buat tidak tahu," katanya.

Mengulas mengenai pindaan perlembagaan Umno, beliau menyifatkan kesediaan parti itu untuk melakukan pindaan adalah satu kejutan yang besar dalam memperkasakan parti.

"Sejarah akan merekodkan, perjuangan presiden Umno dan timbalannya, yang berkorban, lebih utama daripada segala-galanya," katnaya.

Beliau berkata kesediaan Umno tidak meletakkan syarat untuk bertanding jawatan presiden dan jawatan tertinggi dalam parti, ini menujukkkan presiden mengutamakan parti daripada kepentingan diri dan jawatan.

Tambah pengalaman politik

"Walaupun dari sudut hati, kita kena letak perisai, sebab presiden Umno akan jadi pengerusi BN dan seterusnya, menjadi perdana menteri.

"Ia tidak tercalar sedikit pun, sekiranya kita mahu faham niat sucinya," katanya.

Md Rozai juga menasihati generasi muda agar bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan parti itu dalam pilihanraya.

Katanya, semangat tersebut ditunjukkan dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

Beliau berkata tidak ada jalan pintas dalam perjuangan bahkan menggalakkan mereka untuk menambahkan pengalaman dalam politik serta tidak cepat merajuk.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...