Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 19, 2009

Umno Kelantan tolak katak!

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Umno Kelantan mengingatkan Majlis Tertinggi Umno agar membuat pernilaian yang terperinci untuk menerima semula jaguh “lompat katak”, Ibrahim Ali.

‘Elak pisang berbuah dua kali’

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak “pisang berbuat dua kali”.

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila anggota parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon BN dalam pilihan raya kecil 2005.

“Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

“Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang amat cerah,” katanya.

Apolah nasib ekau Bang Brahim….

Penat dah buat macam-macam untuk Umno….. Tapi Umno pun bijak gak….Takkan nak terkena berkali-kali…..


Sumber:Black
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...