Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 21, 2009

UG:Tok imam pon pening kepala!

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Di sebuah kampung ada 4 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia Hasan, sorang tu Nasha, sorang tu Mustapha dan sorang lagi Hadi. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk. Pada satu hari Tok Imam datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam telah mencabar si mangkuk 4 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Hasan pun berkata, "Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukannya jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Mustapha tak ikut sekali, dia cuba nak menyorok dari Tok Imam.

Tok Imam pun suruh Hasan Azan, tanpa berlengah terus je Hasan Azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala.." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Hasan dan menyuruh Tok Bilal Azan semula. Terserlah kejahilan Hasan.... yang kononnya terpelajar tetapi gagal...

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok Imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat kali kedua pun tak khusyuk jugak lagi.

Masuk jer.. kali ketiga, si Nasha pun panggil Tok Imam. "Tok..., tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok Imam pun undur ler.. ke belakang bagi laluan pada Nasha untuk menjadi Imam.

Nasha pun angkat ler.. takbiratul ihram. "Allahu Akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba jer... si Nasha ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaaaa, cuba Tok tengok!!! Sekali jer... tokkkk, apasal susah sangat nak angkat takbiratul ihram...!!!"

Lalu batallah solat Nasha, makmum yang lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tok Imam dah berangin semacam dengan perangai Hasan dan Nasha, dia pun menjeling kepada Hadi.

Tok Imam pun mintak pulak si Hadi jadi Imam. Si Hadi pun terus ke depan jadi Imam dan Solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis Solat. Siap dengan wiridnya sekali. Punyalah respek giler.... Tok Imam kat si Hadi niii...

Lepas selesai jer...., Tok Imam pun puji-memuji leeer... si Hadi ni... tapi dengan bongkaknye si Hadi berkata;

"Hee.. hee.. hee..., itu belum ambil wuduk lagi tu Tok..., Kalau tak..., lagi dassat aku semayang tok!!!! Hee... heee.. hee..."

Tok Imam pun terkedu & terpana... apa sudah jadi ni....

Isa: Jangan lupa ambil wuduk sebelum Solat , hormati orang lebih tua dan berpengalaman, hormati pengundi anda, jangan mengkhianati Jemaah, Jangan Bongkak dan Sombong.

Sumber:Ikutsukaaku
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...