Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 27, 2009

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang,22 dikhuatiri hilang

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi .Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia juga turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 200 lebih murid-murid sekolah.


Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.




Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam 5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.


Sumber:Aijoi
Sumber:PerakEX
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...