Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 20, 2009

Syabas Pemangku Raja Kelantan

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Sokongan Pemangku Raja Kelantan , Tengku Muhammad Faris kepada Kerajaan Kelantan berkaitan tuntutan royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa Pemangku Raja itu amat prihatin dengan hak-hak rakyat Negeri Kelantan yang mesti dibayar oleh Kerajaan Malaysia yang di perintah Umno-Bn.-malaysiakini (Klik)

Kerajaan Umno-BN jangan hanya tahu berdendam dengan Kerajaan Negeri Kelantan saja semata-mata di perintah oleh Pas sejak tahun 1990 lagi. Atas nama persaudaraan Islam dan sebangsa Umno kena ingat yang menderita adalah anak bangsa sendiri akibat penderaan dan sekatan bantuan yang sepatutnya kerajaan Kelantan terima.

Atas nama Satu Malaysia yang diuar-uarkan PM Najib jangan hanya nak ambil hati kaum bukan Melayu sehingga yang seagama dan sebangsa sanggup diperkotak-katikkan macam barang mainan. Hak royalti minyak yang sepatutnya kerajaan Kelantan terima itu bukan hak Umno dan bukan hak Pas tapi adalah hak keseluruhan rakyat Kelantan.

Sumber:Misaimerah

Pemangku Raja Kelantan minta Petronas bayar royalti 
petroleum

KOTA BAHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.
"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.
Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.
"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.
"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.
Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.
Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.
Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...