Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 21, 2009

SPRM teliti laporan Ketua Audit Negara 2008

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.

Kajian itu merupakan prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang telah diaudit Jabatan Audit Negara.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, hari ini jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.

Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh.

Laporan itu mendapati wujud beberapa kelemahan pihak kontraktor seperti kelewatan, perolehan peralatan dan tren melebihi keperluan atau tidak diselaras dengan pembangunan struktur.

Dalam laporan lain, Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang 'tidak masuk akal'. BERNAMA
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...