Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 22, 2009

Sivakumar, enam lain dibenar cabar keputusan SPR

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak.

Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang, Chen Fook Chye, Tai Singh Ng dan A Sivanesan, serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang) diberi kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR itu.

Sebelum ini, SPR mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang apabila wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi Adun bebas.

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai "locus standi" atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR.

Sebaliknya, hakim itu memerintahkan bahawa Sivakumar dan enam lagi mempunyai "locus standi" untuk berbuat demkian (mencabar keputusan SPR).

Berikutan keputusan hari ini, peguam pemohon, Ranjit Singh, berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana mahkamah akan menentukan tarikh untuk mendengar perkara itu.

Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya.

Pemohon berkenaan mengemukakan saman terhadap SPR dan Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Adun Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Adun Jelapang).

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN itu atas tiket Parti Keadlian akyat (PKR) manakala Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mereka meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang Pas-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas sebagai menteri besar.

Pada 3 Februari lalu, Sivakumar memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan tiga kerusi itu selepas dikatakan menerima surat peletakan jawatan dari Jamaluddin dan Osman pada 1 Februari manakala Hee pada 3 Februari lalu.

Bagaimanapun, SPR sangsi dengan surat peletakan jawatan itu dan tidak mengadakan pilihan raya kecil di kawasan masing-masing.

Dalam permohonan meminta kebenaran yang difailkan pada 10 Mac lalu, Sivakumar dan enam lain memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang menjadi kosong berikutan peletakan jawatan oleh Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mereka juga memohon satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai Adun.

Mereka juga turut memohon writ bersifat "quo warranto dikeluarkan kepada ketiga-tiga Adun itu dengan memerintahkan mereka memberikan tunjuk sebab dan maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana kesemua mereka kononnya masih Adun kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

- Bernama

Berita berkenaan:Ternow!..Mahkamah Tinggi benar V.Sivakumar cabar keputusan SPR
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...