Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 19, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya Tanpa Dihadiri Pemimpin

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
HARI ini ada lima jemputan rumah terbuka untuk saya. Saya memilih untuk memenuhi hanya dua saja kerana kesuntukan masa dan tidak berapa selera untuk berjalan. Selepas pekena daging pelanduk yang dibawa oleh seorang kawan, kepala jadi lain macam saja!

Empat jemputan itu melibatkan orang-orang kenamaan atau rakan yang berprofesional yang diadakan di hotel atau di rumah mereka yang besar dan indah. Adapun rumah terbuka yang saya hadiri tadi ialah di kampung Batu 10 Jalan lama Gombak di Selangor.Sengaja saya memilih untuk ke Gombak ini dan bukan rumah terbuka di rumah bernombor atau siap dengan khemah dua tiga buah yang lengkap dengan muzik ataupun ada cabutan bertuah.

Bukan apa, kerana ingin merasai suasana kampung. Orang kampung kena berkawan dengan orang kampung. Hanya orang kampung saja mengetahui susah payah orang kampung. Sebab mereka merasai sendiri denyut nadi orang kampung. Orang bandar mengetahui susah payah orang kampung menerusi filem, novel, cereka di tv saja. Mendengar, melihat dan membaca berbeza dengan alaminya sendiri.

Mereka yang cuba menghayati kesusahan orang miskin dari medium atau alat itu tidak akan dapat merasai hakikat keperitan dan susah senang orang kampung yang sebenarnya. Ia tidak mencecah ke hulu nubari.

Sebab itu bila ada orang kampung panggil kenduri atau buat apa-apa majlis saya akan cuba menghadirinya, kerana jemputan orang kampung atau rakyat marhen lebih ikhlas dari undangan orang kaya dan golongan bangsawan yang penuh agenda di sebaliknya!

Tiga dari lima anak saya ikut sama berserta isteri. Tujuan dan maksud saya ternyata tercapai, bila sampai di rumah terbuka itu anak lelaki saya, Mohd Eslah, 10 mengomen kepada maknya, di sini macam di kampung saja. Ya.. lah ada ayam itik, ada pohon pinang, kelapa, mangis, durian dan macam-macam lagi. Tahi lembu dan kambing juga ada.

Biarlah saya korbankan rumah terbuka lain yang berhawa dingin dan makanan tentu juga lazat dan berperisa barat itu.

Rumah terbuka di Gombak ini anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian, (Gombak) eh bukan... Cabang lupa pula PKR sudah pinda perlembagaan 'bahagian' kini dikenali dengan 'cabang'.
Ahli parlimen kawasan ini ialah Mohd Azmin Ali. yang juga Naib Presiden PKR. Sapa tidak kena dengan Azmi Ali, seorang yang bekerja dengan smart, pakaian senantiasa kemas dan kerja secara sistemetik. Beliau juga pemimpin pelapis yang menjadi kepercayaan kelas satu oleh Anwar Ibrahim. Anwar juga selalu tunduk dan mati kutu bila berdepan dengan Azmin. Kenapa?

Mulanya saya mengira tetamu istimewa majlis ini ialah Azmin Ali memandangkan Gombak adalah kawasannya. Dan saya kira juga akan ada mana-mana wakil Pas, al maklumlah Pas berkawan baik dengan PKR! Kalau tidak Hassan Ali pun, sekurang-kurang ahli jawatakuasa Pas Gombak akan hadir meraikan majlis berkenaan.

Malangnya mereka tidak ada, Azmin tidak ada dan seorang wakil Pas pun tidak nampak batang hidung. Ini menyebabkan sesetengah yang hadir dengan mengharap pemimpin mereka turut sama hadir merungut kesal. Saya bertanya kepada 'tuan kija' (kerja), Mazlan Musa dan Abu Bakar Ninggal, mengapa tidak ada sosok-sosok itu. Mereka tidak tahu, ktatanya mereka dah diajak.

Saya tak rasa pelik kalau Azmin dan orang besar politik lain tidak hadir. Sapa nak hadir majlis dalam hutan cerang begitu. Lagi pun ketika ini bukan edah pilihan raya. Saya percaya kalau masa ini ada pilihan raya di situ, berebut-rebut orang besar politik akan datang. Rakyat dan golongan marhaen akan jadi mahal sewaktu pilihan raya saja. Bila lepas atau pilihan raya masih jauh mereka tidak dipedulikan, macam lumut di birai longkang.
Mazlan dan Bakar ternyata kecewa dengan sikap Azmin itu. Suasana begini bukan sekali dua, sudah acap kali katanya, Jarang Azmin bersedia memenuhi undangan kalau majlis itu di ada jauh terperuk di kampung. Kegeraman Mazlan itu tergambar bila beliau meluahkan kata, "dengan perangai Azmin sebgini, pilihan raya akan datang kalau beliau terus bertanding di Gombak lagi ibarat bungkuslah".

Majlis itu adalah atas inisiatif Mazlan bersama Bakar Ninggal dan Mazlan Rashid, (Pak Lan Lemang) dan rakan-rakan lain. Menurut Mazlan semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh beliau dan rakan-rakan. Lan Lemang sendiri bermurah hati menyedikan 300 batang lemang dan menjadikan kawasan rumahnya sebagai lokasi majlis.Manakala Haji Bakar pula meraikan anak yatim. Seramai 40 orang anak yatim dari Rumah Baitul Saidiah Siti Khadijah Batu 9, Gombak hadir. Makanan dan kueh mueh disediakan oleh ahli dan penyokong PKR. Masing-masing buat dan bawa sebagai sumbangan dan menandakan komitmen. Semangat ahli PKR Gombak ini patut dipuji dan menjadi ikut cabang-cabang PKR lain. Mereka tidak terlalu mengharapkan kepada wang wakil rakyat untuk mengadakan majlis tetapi usaha sendiri.

Saya dapat menyelami apa yang tersimpul dalam benak mereka yang mengadakan majlis rumah terbuka berkenaan. Apa yang mereka harap bukan wang ringgit dari pemimpin, tetapi layanan dan keprihatinan. Ini disuarakan oleh seorang yang makan semeja dengan saya. Katanya; kami bukan nak projek, tetapi cukuplah kalau ada wakil rakyat datang. Sudah cukup bagi kami orang kampung..." ujarnya sayu.

Semoga pada tahun hadapan atau bila mereka mengadakan majlis, Azmin atau wakilnya akan hadir bagi menunjukkan mereka menghargai undi para penyokong dan ahli PKR berkenaan. Janganlah meletakkan mereka penting bila masa pilihan raya saja. Sikap mempeduli rakyat secara bertompok inilah menyebabkan sokongan berkurangan dan menyebabkan seseorang wakil rakyat itu tewas.


Sumber:Msomelayu
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...