Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 17, 2009

MELAYU GANESAN UMNO vs SIVAKUMAR DAP

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Nizar : Sidang Dun 28 Oktober - PR bukan nak buat kacau

author: KenshiQue

Posting yang sebelum ni yang mana media umno mengatakan PR mengubah pendirian dengan menghadiri Sidang DUN tersebut dengan mana hadir atas arahan surat Speaker Sivakumar. Ada media UMNo membidas kenapa seharunya di buat pada tarikh yang sama, dengan niat untuk menunjukkan PR ingin menimbulkan huru hara..

Jawapannya Mudah saja

1. BN lah yang telah mula2 menimbulkan huru hara di Negeri Perak dengan merampas kerajaan negeri pada ketika Sultan Perak masih dalam 'mood' menyambut Hari Keputeraannya.

2. Sidang bertarikh DUN 28 oktober ini telah di terima oleh Sultan Perak dan malah telah di Gazetkan. Untuk apa Sivakumar perlu membuat sidang dun pada tarikh lain pada ketika tarikh 28 oktober itu telah pun di gazetkan.

3. Ini jelas, PR bukan hendak membuat huru hara seperti yang di katakan BN. Pakatan Rakyat Perak hanya ingin mempertahankan Hak yang dirampas sebagai kerajaan yang sah di pilih rakyat sahaja.

4. Pemecatan MB dan Speaker itu ada tatacaranya. Kedudukan speaker itu pada tahap yang tertinggi dan harus di hormati. Apa guna Perlembagaan Negeri sehingga BN perlu mengangkat speaker keluar. Ini bermaksud BN dalam keadaan terdesak mendapatkan kuasa sepenuhnya di Perak.

5. Soal majoriti juga harus di isytiharkan di dalam dewan. Keputusan Seseorang yang di gantung speaker dahulu adalah muktamad. Yang di gantung tidak boleh mengundi di dalam dewan. Ini yang menyebabkan BN dalam kekalutan sehingga menggunakan kuasa Polis dalam melucutkan kuasa Speaker di Perak apabila zambry dan katak2 digantung Sivakumar.

6. Mahkamah tinggi Ipoh dah pun mengaku kuasa speaker tidak boleh di usik. inikan pula di angkatnya keluar. Jadi adakah anda mengakui Ganesan speaker yang betul lagi? Majoriti tak majoriti, pemecatan MB dan Speaker harus dijalankan mengikut TATACARA DALAM PERLEMBAGAAN yang telah disediakan.

7. Jalan terakhir sekiranya tidak dapat diselesaikan juga.. Haruslah kembali kepada rakyat. Rakyat yang pilih kerajaan yang dari dahulu, sekarang dan akan datang! Kembali kepada rakyat

- pr-vs-bn -

Jangan Bertindak Bodoh, PR Perak Perlu Boikot Sidang Dun Haram

Semalam bernama melaporkan Pakatan Rakyat{PR) di Perak yang sebelum ini berhasrat memulau persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Oktober ini dengan alasan notis oleh Speaker, Datuk R Ganesan, adalah tidak sah, mengubah pendirian dan akan menghadirinya berdasarkan notis yang dikeluarkan bekas Speaker, V Sivakumar.

Jurucakap PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa keputusan untuk hadir dibuat setelah mereka menerima notis daripada Sivakumar semalam memaklumkan persidangan itu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Katanya, pakatan pembangkang masih mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak dan mereka akan mematuhi notis yang dikeluarkannya.

Pada masa sama, katanya, mereka meminta Ganesan menarik balik notis dikeluarkannya kerana mendakwa arahan itu tidak sah.

Saya terkejut dengan keputusan berkenaan. Kerana saya merasakan tindakan tersebut mengundang lebih banyak buruk dari baiknya, apatah lagi persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar adalah pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Ia memberikan satu persepsi awal bahawa Pakatan Rakyat sengaja ingin menimbulkan "huru-hara" setidak-tidaknya itulah tuduhan yang bakal dimainkan oleh media-media arus perdana.

Sepatutnya langkah yang paling wajar ialaha ADUN-ADUN PR terus memboikot persidangan DUN Perak yang dipaggil oleh Speaker yang tidak sah itu, R.Ganesan, dan jika ingin mengadakan persidangan maka Speaker yang sah tidak perlu untuk mengadakan di "tempat" yang sama.

Pertama, ia akan mengulangi kekecohan sidang pada ketika di mana Sivakumar telah diculik dan diangkat keluar dari dewan. Kedua, ia seperti tidak menerima persidangan DUN kedua yang berlansung di Heritage Hotel, Ipoh pada beberapa minggu yang lalu.

Malah, dilaporkan bahawa Datuk Seri Nizar sendiri menyatakan beliau tidak dapat meramalkan apa yang bakal berlaku sewaktu ditanya sama ada akan berlaku perebutan kerusi Speaker pada persidangan itu nanti.

-pagipagi-

Posted by jeebond

Nizar : Apa Perlunya Sivakumar memanggil Sidang DUN di butiran yang sama

Sumber:Bagindareformasi
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google

Loading...