Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Oct 19, 2009

Berita tipu 1Malaysia: Razaleigh dakwa akhbar berbohong

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini sebagai berbohong apabila melaporkan dia sudah serik bertanding jawatan presiden Umno.

Razaleigh melalui Twitternya berkata, akhbar berkenaan memusingkan cerita/berbohong kononnya dia sudah tua dan sudah serik untuk bertanding lagi.

"Apakah ini harapan mereka! Inilah contoh media hari ini," kata beliau dalam twitternya.

Sebuah akhbar Inggeris hari ini melaporkan berita bertajuk "Ku Li yang semakin tua serik untuk bertanding jawatan utama Umno".

Berita itu melaporkan, selepas tiga dekad berusaha untuk merebut jawatan presiden Umno, akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah telah membuat keputusan sudah serik untuk bertanding lagi.

"Saya sudah terlalu tua. Terlalu tua," kata Razaleigh sebagaimana yang dipetik oleh akhbar berkenaan ketika ditemui di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Saya fikir, sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada orang muda," katanya sebagaimana yang dipetik oleh akhbar berkenaan lagi.

Sejak sekian lama, Tengku Razaleigh Hamzah, 72, berusaha untuk melawan presiden Umno sejak beliau kalah kepada Tun Dr Mahathir dengan 43 undi sahaja pada tahun 1987 lalu.

Ekoran itu, beliau menubuhkan parti baru iaitu Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dan beberapa parti lain membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau kemudiannya menyertai Umno semula.

Kali terakhir, beliau cuba merebut jawatan presiden Umno pada tahun 2008, namun tidak cukup pencalonan kerana hanya mendapat satu pencalonan sahaja iaitu dari bahagiannya, Gua Musang.

Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan juga melaporkan, Razaleigh tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain jika Umno tidak benar-benar berubah.

_harakah.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...