Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 4, 2009

PPSMI: Jaminan Kementerian Pelajaran berita menggembirakan dalam sehari dua?

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi memberi jaminan keputusan berhubung kedudukan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menggembirakan semua pihak.

Katanya, beliau percaya kerajaan akan bertindak responsif dalam isu PPSMI yang menjadi polemik sehingga hari ini.

"Kita berharap sesuatu yang positif akan dikemukakan kerana perkara ini sudah pun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu.

"Apa pun keputusannya, ia akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) kerana perkara ini melibatkan dasar kerajaan dan kita harap ia dapat diselesaikan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Ke-38 di sini malam ini.

Katanya, hasil kajian menyeluruh mengenai PPSMI dijangka diumumkan dalam masa terdekat memandangkan Muhyiddin pada minggu lalu berkata, ia akan diumum pada awal Julai.

"Mungkin dalam masa satu dua hari ini akan umum... saya pun tak pasti.

"Malam ini pun, saya akan menemui Tan Sri untuk taklimat akhir mengenai hal itu," katanya.

Berhubung isu mewajibkan lulus Bahasa Inggeris (BI) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Puad berkata, pihaknya telah menerima banyak pandangan mengenai hal itu namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan jika ia dilaksanakan.

"Ada cadangan-cadangan dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan.

"Kita perlu pastikan guru BI mencukupi di luar bandar, kualiti guru BI tinggi, menambah masa pengajaran subjek dan pengambilan guru untuk mengajar BI dari luar negara," katanya.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, kerajaan perlu menjalin hubungan yang lebih erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Gapena supaya pandangan mereka dapat diambil kira dalam membuat dasar kerajaan.

"Kesilapan kerajaan sebelum ini adalah kita terpisah dengan golongan ini termasuk budayawan dan kaum Melayu yang berpengaruh dan ini harus diperbetulkan.

"Pandangan mereka harus didengar supaya kerajaan mempunyai pelbagai sumber maklumat," katanya.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan mungkin boleh memanggil NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan bersama.

"Selain itu, resolusi yang diserahkan oleh badan-badan ini perlu dipertimbangkan dalam menentukan dasar dan membuat keputusan," katanya.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...