Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 2, 2009

'Perkampungan MP PAS' di Manik Urai

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Dalam tempoh sebulan dua ini, Manek Urai yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Bharu menjadi tumpuan ramai. Sejarah Manek Urai yang dikenali ramai pada pilihan raya umum 1978, apabila PAS hanya tinggal dua kerusi di Kelantan dulu, dikatakan bakal mengulang sejarahnya 14 Julai nanti dengan mengekalkan kerusi tersebut kepada PAS.


Bukan sahaja jentera PAS Kelantan dan negeri-negeri membantu sahaja yang turun membantu sepanjang tempoh berkempen, malah Ahli Parlimen PAS juga tidak melepaskan peluang dalam mengambil ruang dalam siri kempen membantu PAS dalam pilihanraya tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu, ahli-ahli Parlimen PAS akan 'berkampung' selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai itu dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli sebaik selesai proses penamaan calon dengan gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan itu.

Pengarah program, Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu memfokuskan antaranya, tumpuan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

Malahan, ahli-ahli Parlimen PAS turut dimaklumkan bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai selepas program 'berkampung' itu selesai.

Tambah Mahfuz, program hari keluarga yang akan dibuat juga bertujuan mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai.

"Program yang julung kalinya dibuat itu diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini," ujarnya di lobi Parlimen, hari ini.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihanraya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...