Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 6, 2009

Manek Urai: Warga emas dapat habuan skim kifalah

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berpuashati dengan kerajaan negeri pimpinan PAS kerana telah mengotakan janji bagi menghadiahkan wang kepada waris pendaftar Skim Takaful Kifalah yang telah meninggal dunia.

Seramai 50 orang waris si mati yang telah mendaftar di dalam skim tersebut telah menerima cek berjumlah RM 1, 500 – 2,000 daripada calon PAS Dun Manek Urai, Saudara Fauzi Abdullah.

Majlis Pembahagian Cek Takaful Kifalah itu berlangsung di Pekarangan Markaz Induk PAS bagi Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai.

Pembahagian cek hari ini adalah bagi menyempurnakan baki pendahuluan RM 500 yang telah disampaikan pada hari kematian.

Ini adalah kali ketiga semenjak tahun lepas di mana seramai 50 orang telah diberikan cek oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lepas dan seramai 19 orang pada Jun 2009.

Wang bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga si mati.

Berucap di majlis, calon Pas yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Abe Uji menyeru penduduk agar mengekalkan Dun Manek Urai di bawah kepimpinan Tok Guru. Beliau juga sempat bertemu mesra dengan para waris dan mengharapkan sokongan padu daripada para pengundi.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...