Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 21, 2009

Pemuda Umno kata OK wacana ilmiah diadakan sebelum Ramadan

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Pergerakan Pemuda Umno tiada masalah jika PAS mahu pertemuan wacana ilmiah antara Pemuda Umno-PAS pusat diadakan sebelum bulan Ramadan hujung Ogos ini.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, apa yang penting pertemuan yang disyorkan Pemuda PAS dijayakan, bukannya dibatalkan.

"Tak ada masalah, saya rasa kita perlu jumpa. Benda yang baik kita perlu adakan," kata beliau ketika ditemui pada sesi suai kenal pasukan ragbi Pemuda Umno dengan Exco Pemuda Umno pusat di Padang Merbok di sini petang ini.

Pasukan itu tubuhkan oleh Pergerakan Pemuda Umno.

Jelas beliau, kedua-dua Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat bagi membincangkan segala aspek berkaitan wacana secara terperinci.

"Saya difahamkan YB Khairy akan mengadakan pertemuan Ketua Pemuda PAS, tidak lama lagi bagi membincangkan soal format, tajuk dan sebagainya," katanya.

Hasil pertemuan itu akan ditubuhkan sekretariat yang dipercayai dianggotai kedua-dua pihak.

Razali mengulas kenyataan Nasrudin kepada mStar Online bahawa pihaknya yakin pertemuan pertama wacana ilmiah dengan Pemuda Umno pusat dapat diadakan sebelum bulan Ramadan hujung Ogos ini.

Kata Nasrudin, sekurang-kurangnya pertemuan pertama dapat diadakan bulan depan. Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat selepas 26 Julai ini untuk membentuk jawatankuasa teknikal ke arah merealisasikan wacana membabitkan Pemuda PAS dan Umno.

Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Nasrudin menyerahkan surat jemputan untuk mengadakan wacana itu kepada Razali yang mewakili Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan dua hari kemudian.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan aspek lanjut selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Pilihan raya kecil itu selesai 14 Julai lalu.

Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda Umno menyambut baik jika kerajaan sedia menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya rasa ia adalah relevan dan ia merupakan satu proses yang boleh dibuat. Yang kita tak sokong ialah demostrasi jalanan berhubung isu kematian Teoh kerana apabila kita buat demonstrasi, ia tidak menghormati keluarga mendiang.

"Saya rasa Kabinet Rabu ini pun akan setuju jika ada cadangan diutarakan dalam mesyuarat untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja," katanya.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...