Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 8, 2009

Manek Urai: Jaga-jaga ada 500 SB menyamar jadi cikgu

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN.

Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB). Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN.

Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon.

"Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan."Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO. Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi.

Antara yang dikenal pasti ialah sebagaipenoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui.

Sumber:Pahang daily Online
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...