Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 24, 2009

Keluarga Teoh mahu bertemu PM

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang mennyambut baik pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian mendiang berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin.

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

"Setelah diteliti, suruhanjaya dengan termaterma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab," katanya kepada pemberita di kediaman keluarganya di Taman Seri Kelemak di sini hari ini.

Semalam Kabinet memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah.

Satu suruhanjaya diraja juga diwujudkan dengan termaterma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Semalam,Najib turut menyatakan kesediaan untuk bertemu keluarga Teoh untuk memaklumkan hasil siasatan itu.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...