Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 10, 2009

Isu PPSMI:85 peratus undian di Blog Che Det, mengundi agar PPSMI tak dimansuhkan

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Sehingga jam 10:00 malam ini(10 July 2009), keputusan undian melalui blog rasmi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan peningkatan luar biasa yang memihak agar dasar PPSMI terus dikekalkan.

Dr Mahathir berkata dalam suatu kenyataan bertulisnya, bahawa beliau tidak terkejut terhadap kekecewaan dan kemarahan orang-ramai ke atas keputusan kerajaan mengenai pemansuhan dalam pengajaran Sains dan Matematik baru-baru ini.

"Saya melihat kerajaan seperti tidak mendengar suara rakyat. Mungkin undian blog dapat menjelaskan kepada kerajaan bahawa inilah pendapat umum orang ramai.

"Soalan yang boleh dijawab untuk pengunjung blog saya ialah sama ada mereka menyokong atau pun menentang keputusan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam tulisan terbarunya, 'The Teaching of Maths and Science' yang tersiar di blog pada 2:17 petang kelmarin sekali gus meninggalkan jejak maklumbalas sebanyak 271 sehingga jam 10:00 malam ini.

Rakyat Malaysia seluruhnya yang berada di dalam dan di luar negara kini boleh mengundi di blog itu di laman sesawang blog Che Det (http://chedet.co.cc/chedetblog/).

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu telah mengumumkan bahawa kerajaan bertindak memansuhkan dasar PPSMI sepenuhnya berkuatkuasa pada 2012.

"Jika anda sokong (keputusan memansuhkan PPSMI), undi Ya. Jika anda tidak bersetuju (pemansuhan itu), undi Tidak. Kemudian, saya akan cuba pastikan kerajaan mengetahui pendapat anda," tulis beliau sambil merujuk kotak undian maya di sebelah bahagian atas, kanan di blog beliau itu.

Tajuk tinjauan, undian melalui blog itu ditulis dalam bahasa Inggeris, "Do you support the Government�s decision to teach maths & science in Bahasa Malaysia? Anda hanya perlu menjawab sama ada 'Yes' atau 'No'.

Hingga 10:00 malam ini, keputusan blog itu menunjukkan bahawa kira-kira 7,161 undian telah memihak kepada bersetuju terhadap langkah kerajaan yang mahu memansuhkan PPSMI itu. Ini adalah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan undian tersebut.

Sementara itu, pada waktu yang sama, kira-kira 40,151 undian yang tidak menyokong langkah kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 itu. Jumlah ini adalah 85 peratus daripada keseluruhan undian itu.

Jumlah undian secara keseluruhan sehingga jam 10:00 malam ini ialah 51,036 undi.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...