Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 6, 2009

Mat tempe punyai istana gaya Bali?

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

"Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.

Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.

khir toyo mansion 060709 01Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

Sumber:Mkini.

Penafian yang dibuat oleh khir toyo adalah..It is RM3.5 mil bungalow, not RM24 mil

Former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has denied that he owned a RM24 million bungalow instead it cost only RM3.5 million.
"I bought the bungalow on two lots of land in Section 7 here at RM35 million with a loan from HSBC Bank three years ago with a repayment period of 30 years," he told a news conference at his office in Glenmarie here today.

He was commenting on an allegation by DAP Sekinchan assemblyman Ng Sue Lim in Chinese daily that during his tenure as Menteri Besar, Khir had spent RM24 million to build a Bali style bungalow at a 0.3ha site.

Dr Khir said if Ng could find a buyer at that price, he would share 50 per cent of the amount with him and buy him a lot of land.

To Ng's claim that he could not afford the bungalow with the Menteri Besar allowance, Khir said, "If I am not entitled to the loan, HSBC would not have approved it. I bought it after serving five years as Menteri Besar and not shortly after my appointment."
He said before buying the bungalow, he had asked the state secretary and Malaysian Anti-Corruption Commission director to check on his status.
Khir, who is also Sungai Panjang assemblyman, said Ng picked up things against him as he had been campaigning in Sekinchan of late.

"He had tried in vain to hold a reception at a shop to present balls to residents but the shopowner had refused to allow him to do so. This had nothing to do with me.

"I had been going round from house to house in Sekinchan since one month ago and I will be doing so in the next two or three years. He is outraged and simply cannot accept it. He is trying to divert the people's attention," he added.

Dalam berita berasingan..Dr. Khir fail saman terhadap Chang Khim esok.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo akan menfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor, Teng Chang Khim berhubung keputusan jawatankuasa itu supaya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun, esok.

Tindakan yang dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat yang diadakan di sini hari ini, turut melibatkan kesemua ahli jawatankuasa tersebut.

Katanya, keputusan menggantung beliau serta empat lagi ADUN BN adalah tidak wajar selain melanggar prosedur serta peraturan DUN Selangor.

``Kita (ADUN BN) telah bersetuju, kita akan kumpulkan dana untuk mengambil tindakan saman terhadap beliau (Chang Khim) dan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor.

``Peguam saya akan drafkan satu surat mengenai mengenai perkara ini (saman). Kalau tidak esok atau lusa, kita akan failkan di mahkamah termasuklah mengenepikan keputusan penggantungan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...