Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Jul 11, 2009

Debat: Penafian menantu Pak Lah mengenai debat dengan Dr.Mujahid Yusof Rawa

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Penafian dari twitter Khairy Jamaludin.

Posting asal dalam harakah.
Mohd Sabri Said
Sat | Jul 11, 09 | 8:33:27 am MYT|
Dr Mujahid berdebat dengan Khairy petang ini
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa akan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya mengenai 'Wacana Minda Perpaduan Ummah' di Komplek Masyarakat Penyayang, Jalan Utama berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang mulai jam 2.00 petang ini.Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya.
Penduduk dan sesiapa yang berminat boleh hadir untuk mengikuti debat berkenaan.

Mohd Sabri Said
Sat | Jul 11, 09 | 4:05:54 pm MYT
Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri
Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa."Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'.Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya.


Penafian menantu Pak Lah mengenai debat dengan Dr.Mujahid Yusof Rawa



Rujukan dari Twitter Khairy Jamaludin,boleh baca kat sini.. twitter.com/Khairykj
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...