"We will leave no stone unturned. We will do a comprehensive investigation," he said.
Updates..
Siasatan kes Beng Hock siap 60 peratus
Siasatan polis terhadap kes Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima, Plaza Masalam, Khamis lalu, kini telah selesai kira-kira 60 peratus.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya percaya kes itu dapat disiapkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat kes itu selama sejam daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di sini hari ini.
Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya akan memanggil dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk membantu siasatan.
Katanya, ini kerana dua individu terbabit adalah orang terakhir yang dihubungi mendiang sebelum memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Menurut beliau, siasatan pihaknya percaya mendiang jatuh dari tingkat 14 sebelum mayatnya ditemui kira-kira empat atau lima jam selepas itu.