Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

May 22, 2009

Kematian ADUN Manik Urai kehilangan besar kepada kerajaan negeri - Nik Aziz

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh kira-kira 2,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Balu Allahyarham Siti Zaharah Ibrahim, 58, berkata suaminya dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak 26 April lalu.Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985.
Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...