
Beliau mendakwa, Idris (foto) kecewa kerana tidak dilantik menjadi menteri besar Terengganu selepas pilihanraya umum lalu.
“Semua ADUN yang mahu menyingkirkan Ahmad merupakan orang Idris kerana mereka dipilih oleh bekas menteri besar itu untuk bertanding dalam pilihanraya umum lalu.
“Ditambah pula dengan ramai penyokongnya kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian tahun lalu.

Rosli yang juga ketua Umno bahagian Dungun berkata, mereka juga bersikap tidak mahu bersemuka untuk berbincang Ahmad bagi menyelesaikan isu yang mereka tidak puas hati itu.
Katanya, 10 ADUN berkenaan tidak pernah datang untuk menghadiri mesyuarat pra-majlis anjuran Umno negeri, sebelum sidang DUN bermula.
Dasar terbuka
“Mereka tidak mahu menerima Ahmad sebagai ketua, sepatutnya orang bawah mesti sokong orang atas.
“Soal pelantikan menteri besar ia dibuat berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata, menteri besar itu mengamalkan dasar terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya.
“Orang kampung selalu penuh di pejabatnya. Telefon saja nak bertemunya, bukan payah sangat,” katanya.
Selasa lalu, 10 ADUN BN tidak menyertai sidang DUN atas dakwaan keselamatan mereka terancam setelah tiga daripada mereka menerima SMS berunsur ugutan.
Katanya, kumpulan ADUN BN mahu menyingkirkan menteri besar, kerana kecewa mereka kalah dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu.