Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 8, 2009

Nik Aziz malu gelagat penyokong Kelantan

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
KOTA BHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut kesal dengan gelagat penyokong bola sepak Kelantan yang merusuh di perkarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV selepas Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dan penyokong Kelantan tidak mempuyai semangat kesukanan.

"Saya sangat kecewa dan dukacita ia berlaku di Kelantan. Saya harap ini kali terakhir jadi (berlaku) macam ni. Tidak ada semangat kesukanan langsung, ia memalukan kita.

"Kereta polis pun kena bakar, tak betul tu. Polis nak jaga kita, kenapa buat macam tu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, hari ini.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Mahmood, pula mencadangkan kajian menyeluruh dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar insiden supaya ia tidak berulang.

"Kita harap satu kajian dibuat mengenainya supaya ia tidak berlaku lagi di Kelantan. Kerajaan negeri akan memberi apa saja bantuan yang diperlukan," katanya. - Bernama

PRblogger - Gilo la penyokong kelate ni..bakpola jadi gituh eh..halim napi la ni pencetus kemarohan penyokong..Meme wojib pon tok guru sore malu kalu bendo jadi gini..bukan tok guru sore hok malu..kalu kawe pon malu..takdok semangat kesukanan langsung..kalu bola tuh terlepas doh bukan saloh bola tu ..saloh demo la tok reti igat bola tuh..pah tu nok tipah palo ore.. tak buleh gitu..


Berita sebelum..

Penonton merusuh di Kota Bharu.



Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan, NS tercemar

NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati.

Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, Perlis sekadar seri 1-1 dengan skuad Merah Kuning di Stadium Utama, Kangar dalam pertemuan yang turut dicemari dengan pergaduhan antara penjaring gol kedua-dua pasukan, R Surendran dan Shazwan Zainol sejurus sebelum rehat tetapi berjaya dihalang rakan sepasukan yang lain.



PRblogger - Rasonyo..kalu trak ef'r'u diterbalikan maso dalam pilihanraya baru2 ni..macam mano agoknyo?..tentu pening pokleh..kali ni nok royat gapo pulok?royat takdok semangat kesukanan jugok ko?..takpo la KDN byk duit..boleh beli EVO lagi..setakat lori pokleh hok buruk tuh boleh beli lape belas lagi..


Di Kota Bharu, Kelantan dikejutkan seawal minit ketujuh menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak berpunca daripada kesilapan Azlan Zainal yang gagal menguasai bola dalam kawasan sendiri.

Ketinggalan satu gol, Kelantan cuba bangkit menyamakan kedudukan dan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-13 tetapi sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti sedikit melepasi palang gol lawan.

Walaupun berbekal sokongan padu kira-kira 20,000 penonton, Kelantan seolah-olah kehilangan punca ketika pasukan Negeri Sembilan lebih banyak menguasai perlawanan.

Usaha Kelantan mencari jaringan penyamaan pada babak kedua tidak kesampaian, apabila percubaan Indra dan kapten pasukan, Badhri Radzi pada minit ke-46 dan 74 sekadar menggegar palang gol lawan.

Di Stadium Utama, Perlis hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi rembatan Shazwan dari dalam kotak penalti sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Surendran pada minit ke-34.

Tuan rumah beroleh kelebihan pada minit ke-57 apabila ketua pasukan pelawat, Amri Yahyah dilayangkan kad merah selepas mengasari penjaga gol Perlis, Farizal Marlias.

Namun, skuad Singa Utara bukan sahaja gagal mengambil kesempatan malah turut kehilangan penyerang utama, Nizaruddin Yusof yang dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada waktu kecederaan.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...