Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 3, 2009

MCA tuntut jawatan TPM Cina

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BNuntuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa" sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Juga, katanya, jika diberi jawatan tersebut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang adil yang memberi faedah kepada semua pihak, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Lok juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, bersama Umno dan MIC pada 1957 untuk mencapai kemerdekaan negara.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang diberi MCA dan masyarakat adalah amat banyak dan amat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau mengulangi bahawa presiden MCA mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"Ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat pentingnya dan perlunya diwujudkan dua jawatan - timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA," tegas Loke lagi.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...