Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 10, 2009

Kenduri kesyukuran di Bukit Gantang kini bermula.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
[Gmbr]Kenduri-kenduri kesyukuran diatas kemenangan DS Nizar dan Pas di Bukit Gantang telah bermula. Dimana-mana penyokong Pas mula mengadakan kenduri bagi menyatakan rasa syukur kerana segala usaha mereka untuk memenangkan calon Pas telah dimakbul Allah.






Setelah penat lelah berkempen menghadapi pilihanraya kecil di Bkt Gantang, kini tiba saatnya meraikan kemenangan tersebut.

Sungguhpun begitu, tidak semua kenduri tersebut dapat dihadiri oleh DS Nizar.


Malam ini (Khamis 9.4.09), DS Nizar dan isteri telah berkunjung ke Kampung Permatang Raja bagi memenuhi jemputan kenduri kesyukuran disana. Turut bersama adalah Ustaz Norazli Musa.

DS Nizar telah menyampaikan ucapan terima kasihnya dihadapan penduduk kampung yang hadir sekitar 500 orang. Beliau juga turut menyatakan bahawa Umno tidak lagi relevan kepada rakyat dengan bukti yang jelas di terjemahkan oleh rakyat melalui peti undi baru-baru ini.




Didalam perjalanan pulang, beliau telah dihubungi agar singgah ke Kampung Kerang untuk bersama-sama meraikan kenduri kesyukuran dengan penduduk kampung disana.

Untuk tidak menghampakan permintaan penduduk, DS Nizar telah singgah sebentar untuk bersama-sama penduduk kampung meraikan kemenangan kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Hampir 100 orang penduduk yang telah sedia menunggu beliau disana.

Adakah kenduri-kenduri sebagini akan berterusan sehingga Dun Perak dibubarkan?


Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...