Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 14, 2009

Jangan putar belit kenyataan saya - Wak sembab

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini. “Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

Muhyiddin berkata beliau telah bercakap dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang salah dengan kenyataannya itu.

“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius,” katanya.

Prblogger-Woit..huahuahuahua..sapa yang putar belit kenyataan tu?bukan surat khabar gerombolan ke?apa lagi tarik permit la..


Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...