
Ini bermakna, Haji Nizar calon PAS di Bukit Gantang itu memperolehi cucu sulongnya selepas dua hari beliau dicalonkan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu 7 April nanti.
Anak sulong beliau, Nur Faatihah baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan jam 4.55 petang ini.
Peristiwa itu dimaklumkan oleh menantu Nizar sendiri, Hazimin yang berada bersama Nur Faatihah.
Seorang pemimpin PAS berkata, sokongan yang diterima Nizar di Bukit Gantang bolehlah dikira sama dengan masa beliau menerima cucu pertamanya.
"Berdasarkan sokongan yang diterima, Nizar telah menang sejak hari ini lagi, tanpa perlu menunggu 7 April," kata beliau.