Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 3, 2009

Husam persoal larangan sentuh isu Altantuya

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan larangan tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuudalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menjelang 7 April ini.

Beliau menyifatkan larangan yang telah dikuatkuasakan serta-merta itu akan mencemarkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal dilantik Perdana Menteri keenam, Jumaat ini.

Menurutnya, kenyataan itu memperlihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba menyembunyikan perkara sebenar dan cuba menutup kesalahan dengan mengenakan larangan.

“Ia jelas memberi persepsi negatif kepada masyarakat umum bahawa isu tersebut mempunyai kaitan dengan BN malah tindakan melarang menunjukkan parti tersebut tidak sanggup berbincang secara terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini, Husam berkata, beliau melihat ada perwakilan meminta untuk berdepan dengan pembangkang bagi membincangkan isu secara terbuka.

“Tetapi apa yang saya dapati adalah sebaliknya di mana mereka tidak berani untuk berbincang dan berhadapan dengan pembangkang.

“Saya berharap isu larangan ini dapat dibincangkan semula, sekiranya tidak ia akan memburukkan lagi imej beliau (Najib) selaku bakal Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, semua parti politik dilarang daripada menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam siri ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Parti-parti terlibat turut dilarang mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan kepada Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...