Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Apr 18, 2009

Akhirnya najib mengakui BeeEnd akan kalah jika bertanding

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
At last,Najib mengakui yang Bee End tak boleh bertanding dipenanti..sebab takut kalah dalam keadaan yang mengaibkan .Bermacam2 alasan yang keluar dari mulut sipemerintah bagi menafikan ketidak kentalan Bee End dalam menghadapi rakyat.Baguslah begitu,maka perlulah diberikan laluan kepada parti pakatan rakyat utk menang secara automatik didalam pilihanraya kecil tersebut.Berikut adalah kenyataan penuh sipermerintah malaysia mengenai pilihanraya kecil tersebut.

Penanti: BN mungkin tak bertanding.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...